kisah pemuda muslim dan paderi
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.” Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?”Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”
Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”
“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”
“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”
“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah…” dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60). -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19). -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’:69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?” Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!” Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.” Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. ” Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .
** NOTA: Ada pendapat menyatakan sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam.
Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah.
Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
Wallahua’lam semana kaya atau besar…tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!
sepi sendiri

ada antara kawan aku datang ke rumah mengajak aku pergi berkelah, pergi shopping, pergi makan-makan. Mereka datang dengan pasangan masing-masing kalo yg normal bwk aweq tetapi aku… aku masih lagi kesepian keseorangan. Sebenarnya aku seperti juga manusia lain. Jika aku menarik, �very the perfect person� mesti aku tidak berterusan berseorangan seperti beginikan. Menyibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat dan menyertai sukan-sukan di pejabatku membuatkan aku tidak terfikir sangat untuk mencari pasangan. Mungkin zaman dan semangat remajaku sudah semakin menjauh dan kini aku harus lebih matang menempuh hidup dengan lebih dewasa dan tidak kemaruk mencari cinta. Cinta ada dimana-mana. Mungkin sekarang ia menjauhkan diri dariku kerana aku tidak mencarinya tetapi akan pasti nanti ia akan kembali semula padaku.
Sebenarnya aku sendiri tidak menyesali keadaanku seperti ini kerana aku juga telah punyai kekasih sebelum-sebelum ini. Aku kadang-kadang seronok berseorangan seperti ini walaupun terkadang mencemburui kawan-kawanku yang mempunyai kekasih masing-masing. Aku cuma menumpang gembira. Jauh disudut hatiku, aku masih lagi tercari-cari insan-insan yang sesuai untuk ku jadikan teman. Bukannya aku memilih tetapi ku rasa lelaki yang ramai ku temui hanya untuk teman tidur sahaja. Mungkin bagi mereka aku tidak sesuai menjadi kekasih mereka dan juga mereka pula tidak sesuai untuk ku jadikan kekasihku. Walaupun ada antara mereka yang menarik minatku tetapi aku tidak mahu bertepuk sebelah tangan. Mereka sendiri pun tidak cuba untuk mengeluarkan kata-kata pemula. Apatah lagi aku. Cukuplah dulu aku telah letakkan pengharapan yang tinggi pada lelaki-lelaki sebelum ini. Panas yang ku harapkan rupanya hujan di tengahari. Satu persatu aku kecundang di tangga cinta. Setapak melangkah dari setangga ke setangga, aku terjatuh sebelum sampai ke puncaknya.
Walaupun ada kata-kata mengatakan �cinta ada dimana-mana�. Sebenarnya mencari erti �cinta sebenar� itu susah. Memanglah cinta ada dimana-mana tetapi mungkin bila dikutip ianya tidak sesuai pada diri kita. Terpaksa ditinggalkan kembali untuk mencari cinta yang betul-betul tulin. Cinta yang dimana-mana itu juga adalah seperti permata dan kaca, sukar untuk dibezakan. Jika permata yang dikutip ternyata bertuahnya kita. Tetapi bila kaca dikutip, seperti itulah juga harganya cinta kita. Harus juga diingat tidak semua permata juga adalah berharga. Nilai pasaran juga mempengaruhi turun naiknya harga permata. Begitu juga cinta. Kita sebagai manusia harus tabah dan sabar dalam mengenali cinta.
Bagaimana pula cinta lelaki dengan lelaki yang sejenis, yang tidak mengikut lumrah alam yang diciptakan berpasangan iaitu lelaki dan wanita? Bagi aku cinta tidak pernah mendefinisikan samada ia hanya untuk lelaki dan wanita. Cinta boleh wujud jika ada perasaan kasih sayang terhadap semua makhluk tuhan yang berakal. Manusia memang dicipta dengan perasaan kasih, sayang dan rindu. Sama seperti perasaan yang timbul seperti sedih, gembira, cemburu, dengki dan sebagainya. Tidak salah bila timbulnya perasaan sayang terhadap seseorang baik ianya lelaki mahupun wanita. Itu perasaan semulajadi yang memang wujud dalam diri setiap manusia. Harus juga difikirkan semua kejadian dan perasaan yang wujud dalam diri setiap manusia adalah ketentuan dariNya juga. Mungkin sebagai suatu dugaan dan cabaran hidup yang diwujudkan pada mereka untuk dijalani sepanjang hidup mereka. Cuma baik buruknya haruslah dikawal oleh diri kita sendiri. Janganlah perasaan yang ada terus disusuli dengan keburukkan. Biarlah dihalusi dengan kebaikkan dan sikap kasih sayang yang asli.
bosan….di pagi ahad
teringin rasa nak tgk muwi…macam bosan plak dok umah xde buat apa2 bila hujung minggu gini…aritu nik ada janji nak tgk wayang…tetiba diam plak mamat tu..sentap lah!
kadang-kadang aku xnak la ganggu nik sebab dier masih study lg walopon katanya nak abis bulan 5 ni. so skrg dier mcm agak2 bizi la dn FYP, exam lg.perlu ka aku kacau dia?…aku nak sms kah?…xnak la…kang dier xbalas lak.bila xbalas kita pon dok pikir bukan2,macam la dier tu hak milik kita.
tapi kalo aku gi sensorang tgk muwi, xbes la…sebab aku tade student kad. satu lg aku tade kad diskaun GSC macam nik tu.isshh…harga tiket wayang skrg bukan murah cam dedulu….kalo bwk rm10 hengget pon kadang xberbaloi aje…nak beli popkon lg…air plak buat basah tekak. membebel lak aku…:)