sepi sendiri

April 21, 2008 at 7:11 am (luahan) ()

ada antara kawan aku datang ke rumah mengajak aku pergi berkelah, pergi shopping, pergi makan-makan. Mereka datang dengan pasangan masing-masing kalo yg normal bwk aweq tetapi aku… aku masih lagi kesepian keseorangan. Sebenarnya aku seperti juga manusia lain. Jika aku menarik, �very the perfect person� mesti aku tidak berterusan berseorangan seperti beginikan. Menyibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat dan menyertai sukan-sukan di pejabatku membuatkan aku tidak terfikir sangat untuk mencari pasangan. Mungkin zaman dan semangat remajaku sudah semakin menjauh dan kini aku harus lebih matang menempuh hidup dengan lebih dewasa dan tidak kemaruk mencari cinta. Cinta ada dimana-mana. Mungkin sekarang ia menjauhkan diri dariku kerana aku tidak mencarinya tetapi akan pasti nanti ia akan kembali semula padaku.

Sebenarnya aku sendiri tidak menyesali keadaanku seperti ini kerana aku juga telah punyai kekasih sebelum-sebelum ini. Aku kadang-kadang seronok berseorangan seperti ini walaupun terkadang mencemburui kawan-kawanku yang mempunyai kekasih masing-masing. Aku cuma menumpang gembira. Jauh disudut hatiku, aku masih lagi tercari-cari insan-insan yang sesuai untuk ku jadikan teman. Bukannya aku memilih tetapi ku rasa lelaki yang ramai ku temui hanya untuk teman tidur sahaja. Mungkin bagi mereka aku tidak sesuai menjadi kekasih mereka dan juga mereka pula tidak sesuai untuk ku jadikan kekasihku. Walaupun ada antara mereka yang menarik minatku tetapi aku tidak mahu bertepuk sebelah tangan. Mereka sendiri pun tidak cuba untuk mengeluarkan kata-kata pemula. Apatah lagi aku. Cukuplah dulu aku telah letakkan pengharapan yang tinggi pada lelaki-lelaki sebelum ini. Panas yang ku harapkan rupanya hujan di tengahari. Satu persatu aku kecundang di tangga cinta. Setapak melangkah dari setangga ke setangga, aku terjatuh sebelum sampai ke puncaknya.

Walaupun ada kata-kata mengatakan �cinta ada dimana-mana�. Sebenarnya mencari erti �cinta sebenar� itu susah. Memanglah cinta ada dimana-mana tetapi mungkin bila dikutip ianya tidak sesuai pada diri kita. Terpaksa ditinggalkan kembali untuk mencari cinta yang betul-betul tulin. Cinta yang dimana-mana itu juga adalah seperti permata dan kaca, sukar untuk dibezakan. Jika permata yang dikutip ternyata bertuahnya kita. Tetapi bila kaca dikutip, seperti itulah juga harganya cinta kita. Harus juga diingat tidak semua permata juga adalah berharga. Nilai pasaran juga mempengaruhi turun naiknya harga permata. Begitu juga cinta. Kita sebagai manusia harus tabah dan sabar dalam mengenali cinta.

Bagaimana pula cinta lelaki dengan lelaki yang sejenis, yang tidak mengikut lumrah alam yang diciptakan berpasangan iaitu lelaki dan wanita? Bagi aku cinta tidak pernah mendefinisikan samada ia hanya untuk lelaki dan wanita. Cinta boleh wujud jika ada perasaan kasih sayang terhadap semua makhluk tuhan yang berakal. Manusia memang dicipta dengan perasaan kasih, sayang dan rindu. Sama seperti perasaan yang timbul seperti sedih, gembira, cemburu, dengki dan sebagainya. Tidak salah bila timbulnya perasaan sayang terhadap seseorang baik ianya lelaki mahupun wanita. Itu perasaan semulajadi yang memang wujud dalam diri setiap manusia. Harus juga difikirkan semua kejadian dan perasaan yang wujud dalam diri setiap manusia adalah ketentuan dariNya juga. Mungkin sebagai suatu dugaan dan cabaran hidup yang diwujudkan pada mereka untuk dijalani sepanjang hidup mereka. Cuma baik buruknya haruslah dikawal oleh diri kita sendiri. Janganlah perasaan yang ada terus disusuli dengan keburukkan. Biarlah dihalusi dengan kebaikkan dan sikap kasih sayang yang asli.

1 Komen

  1. IKMAL berkata,

    PENULISAN YG BAGUS..

Kirim Komen